Jumaat, 1 Disember 2023 | 11:49am
Akaun Facebook palsu calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. - Foto FACEBOOK DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Akaun Facebook palsu calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. - Foto FACEBOOK DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR

Akaun FB palsu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

CHUKAI: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang berbaki kurang 24 jam dikejutkan dengan kewujudan akaun media sosial palsu calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Perkara itu dimaklumkan Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu dalam satu kenyataan di akaun Facebook rasminya semalam.

"Untuk makluman, akaun seperti dalam gambar bukanlah akaun saya.

"Akaun saya yang sebenar mempunyai centang biru (blue tick), bernama Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

"Diharap sesiapa tidak mengikuti laman Facebook palsu bagi mengelakkan sebarang salah faham dan maklumat yang tidak benar," katanya.

Sebelum ini, calon Barisan Nasiona (BN) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menjadi mangsa dengan kemunculan akaun media sosial palsu.

Akaun palsu itu menggunakan nama Raja Affandi sedangkan akaun rasmi calon BN itu menggunakan nama Raja Mohamed Affandi.

Bagaimanapun, Facebook rasminya kemudian digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan terpaksa membuat akaun baharu menggunakan nama Raja Mohamed Affandi RMA.

Berita Harian X