Rabu, 29 November 2023 | 1:07am
Operasi SAR giat dijalankan di lokasi kejadian. - NSTP/MIKAIL ONG
Operasi SAR giat dijalankan di lokasi kejadian. - NSTP/MIKAIL ONG

Terkini: 1 maut, 3 parah, 5 masih tertimbus runtuhan bangunan dalam pembinaan

BAYAN LEPAS: Empat mangsa yang tertimbus berjaya dikeluarkan, termasuk seorang maut, manakala lima lagi dipercayai masih terperangkap bawah runtuhan bangunan dalam pembinaan, berhampiran Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini.

Operasi SAR giat dijalankan di lokasi kejadian. - NSTP/MIKAIL ONG
Operasi SAR giat dijalankan di lokasi kejadian. - NSTP/MIKAIL ONG

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Azrul Khairi Abu Bakar, berkata tiga mangsa diselamatkan itu bagaimanapun mengalami kecederaan parah dalam kejadian malam tadi.

"Kesemua mereka sudah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut," katanya ketika hubungi, di sini, hari ini.

Azrul Khairi berkata, difahamkan ketika kejadian, terdapat 18 pekerja sedang bertugas.

Operasi SAR giat dijalankan di lokasi kejadian. - NSTP/MIKAIL ONG
Operasi SAR giat dijalankan di lokasi kejadian. - NSTP/MIKAIL ONG

"Sembilan daripada mereka kemudian dikatakan berehat untuk menunaikan solat, manakala sembilan lagi meneruskan kerja," katanya.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dalam laporan awal mengesahkan sembilan mangsa dikhuatiri terperangkap dalam kejadian itu.

Tinjauan ketika ini mendapati selain JBPM, pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS), masih giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi.

Difahamkan, bangunan sedang dalam pembinaan itu membabitkan kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang antara lain meliputi pejabat, ruang parkir dan gudang.

Operasi SAR giat dijalankan di lokasi kejadian. - NSTP/MIKAIL ONG
Operasi SAR giat dijalankan di lokasi kejadian. - NSTP/MIKAIL ONG

Berita Harian X