Selasa, 28 November 2023 | 7:37am
Kelihatan bendera parti Barisan Nasional dan PAS sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Kampung Geliga. - Foto fail NSTP/Ghazali Kori

Calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman iaitu Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (depan kanan) dari Barisan Nasional dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dari PAS setelah diumumkan bertanding bagi kerusi parlimen berkenaan di Pusat Penamaan Calon PRK Parlimen Kemaman, di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman pada 18 November lalu. - foto BERNAMA

PRK Parlimen Kemaman boleh dikatakan agak unik apabila pengundian awal yang ditetapkan hari ini, hanya membabitkan tiga pengundi. Isteri tentera, Razidah razali, (kanan) 36 dan Norhayati ismail, 38 mengundi awal di Balai Polis Kijal. - Foto NSTP/Rohanis Shukri

PRK Kemaman: Tiga pengundi awal tunaikan tanggungjawab hari ini

CHUKAI: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman boleh dikatakan agak unik apabila pengundian awal yang ditetapkan hari ini, hanya membabitkan tiga pengundi.

Ketiga-tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera itu akan menunaikan hak mereka di pusat mengundi Balai Polis Kijal, bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari nanti.

Sebelum ini, selain tiga pengundi itu, SPR mengumumkan pengundian awal bagi PRK itu akan membabitkan seramai 387 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan enam anggota tentera.

Bagaimanapun, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata semua mereka telah diarahkan mengundi secara pos bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja menyelamat dan bertugas pada musim banjir.

Seorang peniaga berjalan melintasi Mercu tanda bertulis ‘ I Love Kemaman ‘ menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman. - Foto NSTP/Ghazali Kori

Hujan di Kemaman sepanjang hari ini

Pengarah Meteorologi Terengganu, Rosli Zakaria ketika dihubung berkata cuaca di kawasan Parlimen Kemaman hari ini diramalkan hujan berterusan bermula pagi hingga petang nanti.

PRK Kemaman yang ditetapkan 2 Disember ini sebagai hari mengundi menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Ia membabitkan 141,790 pengundi layak termasuk pengundi pos dan awal, perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – BERNAMA

Berita Harian X