Sabtu, 25 November 2023 | 12:29pm
Tuanku Canselor, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah (kanan) berkenan menyampaikan Ijazah Doktor Falsafah kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-63 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Ali Rustam, Raja Puan Muda Perlis dianugerah Ijazah Kedoktoran UM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil hari ini dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Malaya (UM).

Penganugerahan itu diisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah merangkap Canselor UM pada hari pertama Istiadat Konvokesyen kali ke-63 universiti berkenaan, di sini.

Mohd Ali dianugerahkan PhD dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial dengan tajuk penyelidikan `Peranan Kerajaan dalam Pemerkasaan Kepimpinan dan Sosioekonomi Belia di Malaysia, 1963-2013'.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen pula dianugerahkan Ijazah Kedoktoran dari Akademi Pengajian Islam dengan tajuk penyelidikan `The Importance of Islamic Regal Leadership in Zakat Delivery to the Asnaf in Perlis'.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, berkenan menyampaikan Ijazah Kedoktoran daripada Akademi Pengajian Islam kepada Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Terdahulu, Sultan Nazrin turut mengisytiharkan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali sebagai Pro Canselor UM.

Menurut UM, pelantikan beliau berkuat kuasa sejak 1 Mac lalu.

Ketika ini, Zainun juga memegang jawatan Pengarah Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd.

Istiadat Konvokesyen UM kali ini akan menganugerahkan ijazah dan diploma kepada 8,326 graduan dalam 15 sidang bermula hari ini hingga 2 Disember.

Daripada jumlah itu, 500 adalah graduan Ijazah Kedoktoran, 2,642 graduan Ijazah Sarjana termasuk Diploma Pascasiswazah Pendidikan, 4,186 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 998 graduan Diploma Lanjutan, Diploma Eksekutif dan Diploma.

- BERNAMA

Berita Harian X