Khamis, 23 November 2023 | 8:50am
Tankap layar video pertemuan calon BN PRK Kemaman, Raja Mohamed Affandi ketika berkempen dengan seorang pengawal keselamatan yang juga bekas tentera.
Tankap layar video pertemuan calon BN PRK Kemaman, Raja Mohamed Affandi ketika berkempen dengan seorang pengawal keselamatan yang juga bekas tentera.

PRK Kemaman: Bekas tentera kongsi kisah sedih tiada rumah dengan Jeneral

KUALA TERENGGANU: Gerak kerja kempen calon BN Jeneral (B), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertukar hiba apabila seorang pengawal keselamatan yang ditemui menangis menceritakan kisah kesukaran hidupnya.

Video di Tik Tok berdurasi 1.28 saat memaparkan pertemuan antara Raja Mohamed Affandi dengan seorang pengawal keselamatan.

Video berkenaan memperlihatkan pengawal keselamatan itu berpelukan bersama Raja Mohamed Affandi dan memberitahu kepada calon BN yang dia merupakan bekas tentera.

@bncommskemaman insyaallah jeneral!!! Kami akan buat yg terbaik untuk memenangkan jeneral. Insyaallah kami harap jeneral akan perjuangkan nasib bekas-bekas perajurit negara #kijal #kemasik #chukai #airputih #KestabilanDanKemakmuran #BNKemaman #tiktokersumno #BNTerengganu #bncomms #BarisanNasional #bncommskemaman #PAS bunyi asal - bncommskemaman

"Jangan abaikan perajurit.. saya bekas perajurit, berkorban nyawa.. saya bekas perajurit," katanya.. sebelum disambut Raja Mohamed Affandi "saya juga seorang perajurit," katanya.

"Saya seorang perajurit, hormatilah bekas perajurit, rumah tak ada apa," kata pengawal keselamatan berkenaan.

Raja Mohamed Affandi pula bertanya kepada pengawal keselamatan berkenaan sama ada percaya kepadanya atau tidak.

"Insya-Allah saya buat, saya buat.. dalam perkhidmatan dulu saya buat," kata Raja Mohamed Affandi di dalam perbualan itu.

Pengawal keselamatan itu melalui perbualan bersama Tan Sri Raja Mohamed Affandi, memaklumkan yang dia tidak mempunyai kediaman tetap selepas bersara.

Raja Mohamed Affandi kelihatan menahan sebak lalu membawa pengawal keselamatan itu ke satu sudut yang lain sebelum memaklumkan akan menyelesaikan masalah berkenaan.

Sebelum mereka berpisah beberapa kali pengawal keselamatan berkenaan memberi tabik hormat kepada Raja Mohamed Affandi.

Video terbabit mendapat 10,800 tontonan hingga pagi ini.

Berita Harian X