Isnin, 20 November 2023 | 10:39pm
Puluhan gerai musnah dalam kebakaran di Uptown Damansara malam ini. - Foto ihsan Bomba
Puluhan gerai musnah dalam kebakaran di Uptown Damansara malam ini. - Foto ihsan Bomba
Peniaga-peniaga mengalihkan barangan yang musnah dalam kejadian kebakaran di Uptown Damansara. - Foto BERNAMA
Peniaga-peniaga mengalihkan barangan yang musnah dalam kejadian kebakaran di Uptown Damansara. - Foto BERNAMA
Anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) memeriksa keadaan deretan kawasan gerai-gerai peniaga yang terbakar 90 peratus dalam kejadian kebakaran di Uptown Damansara. - Foto BERNAMA
Anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) memeriksa keadaan deretan kawasan gerai-gerai peniaga yang terbakar 90 peratus dalam kejadian kebakaran di Uptown Damansara. - Foto BERNAMA

Puluhan gerai Uptown Damansara musnah terbakar

PETALING JAYA: Puluhan lot kedai di Uptown Kota Damansara, di sini musnah dalam kebakaran pada jam 8.30 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.34 malam.

@bharianmy Puluhan gerai Uptown Damansara musnah terbakar #beritaditiktok ♬ original sound - Berita Harian

"Susulan itu, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Kota Anggerik, Damansara dan Petaling dikejarkan ke lokasi.

"Kerja-kerja pemadaman dilakukam sejurus tiba di lokasi, api berjaya dikawal pada jam 9.06 malam," katanya.

Menurutnya, siasatan sedang menjalankan berhubung jumlah gerai yang terjejas akibat kebakaran berkenaan.

"Ketika kejadian semua gerai berkenaan sedang beroperasi. Jumlah kerugian serta punca kebakaran kini dalam siasatan," katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Peniaga-peniaga mengalihkan barangan yang musnah dalam kejadian kebakaran di Uptown Damansara kira-kira jam 8 malam tadi. - Foto BERNAMA
Peniaga-peniaga mengalihkan barangan yang musnah dalam kejadian kebakaran di Uptown Damansara kira-kira jam 8 malam tadi. - Foto BERNAMA

Anggota bomba memeriksa keadaan deretan kawasan gerai-gerai peniaga yang terbakar 90 peratus dalam kejadian kebakaran di Uptown Damansara. - Foto BERNAMA
Anggota bomba memeriksa keadaan deretan kawasan gerai-gerai peniaga yang terbakar 90 peratus dalam kejadian kebakaran di Uptown Damansara. - Foto BERNAMA

Berita Harian X