Isnin, 23 Oktober 2023 | 4:24pm

WOW Dah Gaji! tawar produk menarik pada harga berbaloi

Menyedari kepentingan rakyat Malaysia yang gemar berbelanja, rangkaian beli-belah serba inovatif, WOWSHOP menawarkan jualan menarik dan promosi hebat sempena kempen WOW Dah Gaji! bermula 25 Oktober ini. 

Wow Dah Gaji! akan menemui penonton pada 25 Oktober ini dari jam 9 malam hingga 10 malam di saluran TV3 atau menerusi siaran langsung di aplikasi Tonton.

Penonton bukan sahaja berpeluang membeli barang WOWSHOP dengan promosi hebat, namun turut akan disajikan dengan persembahan nyanyian, dan permainan menarik. 

Dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Fizi Ali, rancangan ini turut menampilkan barisan selebriti tanah air popular seperti Khai Bahar, Nabila Razali, Faizal Tahir, Sharif, dan Syaiful dari Zero untuk menambahkan lagi keterujaan anda berbelanja. 

Pelbagai produk-produk menarik dari wowshop seperti Le Nona Dining Ware, Habib Bracelet, Hyperack, dan Mugen Smart Pressure Cooker yang sering menjadi tumpuan dalam rancangan ini turut ditawarkan pada harga yang tiada tandingan.

WOWSHOP adalah siaran demonstrasi yang komprehensif merentasi saluran media utama iaitu TV3, 8TV dan TV9.

Pelanggan juga boleh membuat pembelian melalui panggilan atau melayari laman sesawang iaitu www.wowshop.com serta membuat pembelian di Tiktok Live.

Berita Harian X