KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 12 Oktober ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, seramai 8,586 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU Tahun 2023 di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara.
"Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2023 secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my.
"Semakan juga boleh melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888," katanya.
Kenyataan berkenaan menyatakan, sistem itu akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 12 Oktober hingga 6 petang pada 18 Oktober.