Isnin, 2 Oktober 2023 | 10:24am
Anggota polis mengawal kawasan serangan bom bunuh diri di Ankara. - Foto AFP
Anggota polis mengawal kawasan serangan bom bunuh diri di Ankara. - Foto AFP

Malaysia kecam insiden bom bunuh diri di Ankara

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden bom bunuh diri di Ankara semalam jam 9:30 pagi (waktu tempatan) yang mencederakan dua anggota polis.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, Malaysia bersolidariti dengan kerajaan Turkiye dan masyarakat antarabangsa dalam menolak sebarang tindakan keganasan bertujuan untuk mengganggu proses politik yang sah.

"Tiada laporan mana-mana rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

"Kedutaan Malaysia di Ankara sedang memantau perkembangan dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk perkembangan lanjut," katanya.

Kenyataan berkenaan menyatakan, rakyat Malaysia di Turkiye digesa mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi nasihat perjalanan daripada pihak berkuasa tempatan.

Sebarang bantuan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara di talian 00 (90-312) 44635 47 / 48 atau 00 (90 – 5078128406) dan email di [email protected] dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul di talian 00 (90-212) 989 10 01 atau email di [email protected].

Berita Harian X