Sabtu, 23 September 2023 | 10:08pm
Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM) 2023 yang menghimpunkan pejuang bahasa di negara ini dan rantau ASEAN akan diadakan di UCSI, ibu negara, pada Isnin dan Selasa ini.
Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM) 2023 yang menghimpunkan pejuang bahasa di negara ini dan rantau ASEAN akan diadakan di UCSI, ibu negara, pada Isnin dan Selasa ini.

Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu di KL Isnin ini

KUALA LUMPUR: Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM) 2023 yang menghimpunkan pejuang bahasa di negara ini dan rantau ASEAN akan diadakan di UCSI, di sini, pada Isnin dan Selasa ini.

Program yang bakal membincangkan agenda pemerkasaan bahasa Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa itu dianjurkan oleh Ikhtisas Kepimpinan Kamarazaman (IKK).

Pengerusi SAABM2023, Kamarazaman Yacob berkata program itu

diinspirasikan daripada Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 hingga 24 Mei 2022.

Katanya, matlamat utama simposium ini adalah bagi menyahut seruan yang mahukan Bahasa Melayu dimartabatkan dalam negara selain diperluaskan penggunaannya di peringkat ASEAN dan antarabangsa serta memperkasa sosial budaya.

"Pengisian bagi simposium ini termasuk ucaptama, empat sesi persidangan, forum dan resolusi yang membabitkan pembentangan kertas kerja tokoh dari Malaysia, negara ASEAN dan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarazaman berkata bagi sesi forum, beberapa tokoh bakal ditampilkan, antaranya penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2011, Syed Mohd Zakir Syed Othman dan aktivis sosial, yang juga penulis, Hishamuddin Rais.

Katanya, program berkenaan bakal dirasmikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Selain perbincangan secara akademik, SAABM 2023 akan turut diisi dengan acara baca puisi iaitu Malam Gema Puisi 2023 dengan menampilkan pemuisi dalam dan luar negara," katanya.

SAABM 2023 dianjurkan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Pejabat Perdana Menteri Kesembilan, Kumpulan UCSI, Komuniti Pensyarah ASEAN, Thai Global BusinessAdministration Technological College (TGBC) dan Rajamangala UniversityOf Technology (RMUTT) Thailand.

Berita Harian X