Isnin, 11 September 2023 | 5:53pm
ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisyah Abd Aziz satu-satunya wakil rakyat MUDA dalam DUN Johor
ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisyah Abd Aziz satu-satunya wakil rakyat MUDA dalam DUN Johor

Wakil rakyat MUDA di DUN Johor bukan lagi dalam blok PH

JOHOR BAHRU: Wakil rakyat tunggal MUDA dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Amira Aisya Abd Aziz (Puteri Wangsa) bukan lagi dalam blok Pakatan Harapan.

Ketua Pembangkang Johor, Andrew Chen Kah Eng berkata perkara itu adalah sejajar tindakan MUDA di peringkat pusat yang menarik balik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

"Oleh kerana MUDA memilih untuk meninggalkan Kerajaan Perpaduan, maka ADUN MUDA di Johor bukan lagi berada dalam blok pengimbang PH.

"Kami amat kecewa dengan sikap MUDA yang sentiasa mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Kerajaan Perpaduan kebelakangan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan dan memutuskan berada di blok ketiga dalam Dewan Rakyat.

Kah Eng berkata, beberapa tindakan MUDA bertentangan dengan semangat setia kawan sebelum ini termasuk meletakkan calon mereka melawan PH dan BN dalam PRN Johor, tahun lalu.

"Tambah menyedihkan apabila Presiden (MUDA) melabelkan DAP sebagai 'lapdog'," katanya yang menyifatkan tindakan parti itu sebagai tidak mengenang budi.

Berita Harian X