Khamis, 31 Ogos 2023 | 10:08am

Orang ramai berpusu-pusu saksikan perarakan Hari Kebangsaan 2023

PUTRAJAYA: Biarpun cuaca mendung, orang ramai tetap setia membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Orang ramai mula hadir sejak jam 1 pagi tadi bagi mengambil tempat mengikuti acara yang disediakan.

Tinjauan BH seawal jam 3 pagi tadi mendapati ada dalam kalangan pengunjung yang memasang khemah dan tidur di kaki lima bangunan bagi menantikan acara sambutan bermula.

Sejak dimulakan secara rasmi pada jam 8 pagi tadi sebaik keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pengunjung memenuhi bahagian kiri dan kanan Dataran Putrajaya bagi melihat dengan lebih dekat persembahan dan perarakan kontinjen yang mengambil bahagian.

Ramai antara pengunjung hadir bersama keluarga masing-masing sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Gelagat kanak-kanak mengibarkan Jalur Gemilang ketika hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Suasana acara perbarisan dan perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 bertemakan “Malaysia MADANI:Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” di Dataran Putrajaya. Foto BERNAMA

Perarakan kontinjen pembawa Jalur Gemilang bersaiz 24.4 meter x 12.2 meter oleh 100 pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 bertemakan “Malaysia MADANI:Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” di Dataran Putrajaya. Foto BERNAMA

Persembahan motosikal oleh pasukan Army Red Warrior pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

Mereka juga tidak melepaskan peluang merakamkan momen setiap kontinjen yang mengambil bahagian dalam perarakan menerusi telefon pintar masing-masing.

Sambutan Hari Kebangsaan kali ini dimeriahkan dengan pelbagai persembahan serta perarakan daripada 67 kontinjen.

Mereka mewakili pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta sektor swasta.

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 turut mempamerkan persembahan bertemakan perpaduan dan kesejahteraan dengan olahan baharu lagu 'Kurik Kundi' oleh barisan artis tempatan seperti Nadeera Zaini, Hazraniza Dollah, Suki Low, Zizi Kirana dan Roshini Balachandran.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyaksikan perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

Orang ramai hadir menyaksikan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya. - Foto NSTP/Mohd Shahril Badri Saali

Berita Harian X