Sabtu, 19 Ogos 2023 | 2:42pm
Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson. - Foto AFP
Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson. - Foto AFP

Sweden semak semula Akta Ketenteraman Awam selepas insiden bakar Quran

STOCKHOLM, Sweden: Kerajaan Sweden akan menyemak semula Akta Ketenteraman Awam sebagai tindak balas kepada siri serangan berulang terhadap al-Quran, menurut media.

Perdana Menteri Ulf Kristersson bersama pemimpin gabungan kerajaan, Ebba Busch dari Parti Demokrat Kristian dan Johan Pehrson dari Parti Liberal telah bersama-sama menulis artikel yang diterbitkan dalam akhbar Dagens Nyhete.

Ia menekankan keperluan mengatasi isu berkenaan dengan segera selain berkongsi komitmen mereka untuk menyemak undang-undang sedia ada tanpa membuat perubahan kepada Perlembagaan.

"Mereka menekankan kepentingan polis mengambil kira keselamatan negara sambil mempertimbangkan permohonan untuk perhimpunan dan demonstrasi," lapor Agensi Anadolu.

"Kerajaan akan menyiasat cara-cara untuk mengubah peraturan dan mencegah serangan terhadap kitab suci umat Islam," menurut laporan itu lagi.

Beberapa bulan kebelakangan ini telah menyaksikan perbuatan membakar dan mencemarkan al-Quran berulang kali oleh tokoh atau kumpulan Islamofobia, terutamanya di negara Eropah utara dan Nordik. – BERNAMA-ANADOLU

Berita Harian X