Sabtu, 12 Ogos 2023 | 9:39pm
PH-BN gagal merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim mendahului pencabarnya, Azan Ismail daripada PH pada PRK, hari ini. Gambar arkib NSTP
PH-BN gagal merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim mendahului pencabarnya, Azan Ismail daripada PH pada PRK, hari ini. Gambar arkib NSTP

PH-BN gagal rampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: PH-BN gagal merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim mendahului pencabarnya, Azan Ismail daripada PH pada PRK, hari ini.

Sehingga jam 9 malam, Ahmad Amzad memperoleh undi sebanyak 26,791 undi, manakala Azan hanya 8,115 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu, Ahmad Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti sebanyak 40,907 undi.

PRK Kuala Terengganu terpaksa diadakan serentak dengan Pilihan Raya negeri (PRN) selepas mahkamah pilihan raya membatalkan kemenangan Ahmad Amzad atas dakwaan sogokan.

Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memperoleh sebanyak 63,016 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zubir (22,109 undi), calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar Muda (481 undi) dan calon PH, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (10,946 undi).

Berita Harian X