Sabtu, 12 Ogos 2023 | 9:20pm
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa peti undi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU), Dewan Utama Majlis Daerah Marang. STR/GHAZALI KORI
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa peti undi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU), Dewan Utama Majlis Daerah Marang. STR/GHAZALI KORI

PN tubuh kerajaan negeri di Terengganu

Oleh Wartawan BH

[email protected]

MARANG: Perikatan Nasional (PN) sudah dapat membentuk kerajaan negeri Terengganu apabila kiraan tidak rasmi setakat ini menunjukkan PAS memperoleh majoriti mudah 17 daripada 32 kerusi.

Keputusan tidak rasmi itu membolehkan gabungan PAS dan BERSATU terus mentadbir kerajaan negeri untuk penggal kedua.

Kerusi dimenangi PN membabitkan DUN Jabi, Tepuh, Buluh Gading, Seberang Takir, Bukit Tunggal, Bukit Payung, Ru Rendang, Pengkalan Berangan.

PN turut memenangi kerusi Telemung, Manir, Kuala Berang, Ajil, Bukit Besit, Rantau Abang, Sura, Kemasik dan Cukai.

Proses penjumlahan undi di beberapa pusat penjumlahan undi sedang dijalankan.

Berita Harian X