Sabtu, 22 Julai 2023 | 12:31pm
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memeriksa perbarisan pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2023 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi hari ini. Turut mengiringi Seri Paduka, Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang. - Foto BERNAMA

Agong sempurnakan pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2023 di Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.

Ketibaan baginda pada jam 9.14 pagi tadi turut diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan Seri Paduka diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang; Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan titah pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2023 di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini. - Foto BERNAMA

Seramai 228 Pegawai Kadet ditauliahkan hari ini terdiri daripada mereka yang menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah itu membabitkan 136 Pegawai Kadet Tentera Darat Malaysia dan masing-masing 46 Pegawai Kadet dari Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Mereka berjaya menamatkan program ijazah dalam jurusan masing-masing selama tiga hingga empat tahun dan mengikuti Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) selama enam bulan di kolej perkhidmatan, yang tamat pada 30 April lalu sebelum layak ditauliahkan sebagai Pegawai Muda ATM dengan pangkat Leftenan Muda.

Majlis hari ini menyaksikan Leftenan Muda Mohamad Norizzaini Norizam dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memeriksa perbarisan pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2023 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi hari ini. Turut mengiringi Seri Paduka, Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang. - Foto BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan anugerah Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan kepada Leftenan Muda Mohamad Norizzaini Norizam yang menerima Piala Seri Perkasa dan sebilah pedang kehormat pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM 2023 di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini. --BERNAMA

Berita Harian X