Sebahagian besar komitmen Maxis kepada Malaysia sebagai peneraju penyelesaian konvergen terkemuka adalah dalam usaha membolehkan masyarakat yang inklusif secara digital dan menyokong pelbagai komuniti daripada pelajar dan wanita kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) usahawan serta kumpulan B40.
Inisiatif komuniti Maxis tertumpu pada empat bidang teras:menyediakan akses lebih mudah untuk pembelajaran digital kepada pelajar dari komuniti luar bandar, memperkasakan usahawan wanita dengan kemahiran pemasaran digital, inisiatif komuniti semasa musim perayaan dan menyediakan bantuan kemanusiaan sekiranya berlaku bencana alam.
Membolehkan akses lebih besar kepada kandungan dan alatan digital
Didorong semangat dalam menyokong pendidikan, Maxis menjalankan dua program yang bertujuan memberikan komuniti terpinggir dengan akses kepada alatan, kandungan dan pembelajaran digital lebih banyak melalui program eKelas serta eKelas Usahawan.
Sebagai inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5, program Maxis eKelas yang kini memasuki tahun ketujuh membawa pembelajaran menyeronokkan dan bertenaga serta menyediakan akses kepada kandungan pendidikan berkualiti, selaras dengan Sukatan Pelajaran Sekolah Malaysia.
Memfokuskan kepada mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sejarah, pelajar mendapat pendedahan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman melalui gabungan pelbagai aktiviti seperti tutorial langsung, pembelajaran berkumpulan, pertandingan dan kandungan digital melalui portal serta aplikasi eKelas.
Hari ini, eKelas memanfaatkan lebih 74,000 pelajar serta menawarkan pengalaman pembelajaran digital yang mantap, termasuk kempen tahunan seperti pertandingan Bahasa Inggeris dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), serta skim geran pelajar Anugerah Gemilang.
Sejak 2019, eKelas diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan (KPM) di bawah program HIP (Highly Immersive Programme). Ini bermakna, pelajar eKelas yang menyertai Pertandingan Bahasa Inggeris HIP StoryFest boleh mengutip markah kokurikulum untuk sijil persekolahan mereka.
Sehingga kini lebih 2,000 sekolah menyertai dan mendapat manfaat daripada program itu.
Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis, Mariam Bevi Batcha, berkata inklusiviti digital penting dan setiap orang harus dapat meraih manfaat daripada arus teknologi dan pendigitalan.
"Matlamat kami adalah untuk mereka meningkatkan prestasi akademik dan mendapat akses kepada kandungan pembelajaran terbaik.
"Kami menggalakkan lebih ramai pelajar menyertai Maxis eKelas supaya mereka boleh mendapat manfaat pembelajaran digital dan kemahiran tambahan seperti pemikiran kritis dan menjangkaui akademik," katanya.
Program Maxis eKelas Usahawan menyediakan modul dengan tip pemasaran asas, fotografi digital, penulisan salinan dan pemasaran media sosial.
Memperkasa usahawan wanita dengan kemahiran pemasaran digital
PKS adalah penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia dan membentuk 97.4 peratus daripada semua perniagaan di Malaysia.
Dalam usaha membina program eKelas menjadi platform pendidikan untuk pengalaman pembelajaran digital yang lebih komprehensif, Maxis mendekati usahawan dari masyarakat luar bandar untuk menjalankan bengkel pemasaran digital di beberapa negeri sebagai projek perintis.
Pada 2021 Maxis melancarkan eKelas Usahawan sebagai program pemasaran digital berstruktur yang bertumpu kepada komuniti wanita untuk memperkasakan usahawan dari komuniti luar bandar bagi mengukuhkan kehadiran digital mereka.
"Melalui pengalaman menjalankan bengkel dengan PKS, kami tahu terdapat potensi besar untuk memperkasakan golongan usahawan wanita. Malah, ramai wanita daripada komuniti B40 menjadi usahawan mikro, termasuk perniagaan katering, menjual kuih, atau membuka kedai percetakan.
"Kami membina kandungan berstruktur dan pendekatan langsung untuk memberi tumpuan, membantu usahawan meningkatkan keupayaan digital, mengembangkan perniagaan dan menjangkau lebih ramai pelanggan mereka," kata Mariam.
Program Maxis eKelas Usahawan menyediakan modul dengan tip pemasaran asas, fotografi digital, penulisan salinan dan pemasaran media sosial.
Sejak pelancarannya, Maxis telah melatih lebih 2,700 usahawan melalui bengkel yang dijalankan secara fizikal dan maya di seluruh negara.
eKelas usahawan juga bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menarik serta membantu lebih ramai usahawan dan PKS menggunakan pengetahuan serta alatan pemasaran digital asas untuk perniagaan masing-masing.
"Kami berbesar hati melihat kelas Usahawan mendapat sambutan positif. Modul ini ringkas dan mudah difahami, seterusnya menjadikannya menarik bagi usahawan yang ingin mempelajari kemahiran baharu.
"Kami berhasrat mempertingkatkan program ini supaya semua orang, tidak kira apa latar belakang atau kebolehan mereka, boleh mendapat manfaat daripada teknologi dan pendigitalan untuk meningkatkan kedudukan sosioekonomi mereka," katanya.
Tanggungjawab membantu dan menyokong komuniti memerlukan
Beberapa tahun kebelakangan ini memang mencabar bagi rakyat Malaysia yang terjejas oleh kesan jangka panjang wabak dan banjir, khususnya golongan B40.
Pada 2021 dan 2022, Maxis mempertingkatkan usaha membantu komuniti terjejas, dengan sumbangan bernilai hampir RM1 juta ketika wabak, bantuan bencana dan musim perayaan.
Bekerjasama dengan NGO, Maxis membawa keceriaan perayaan kepada pelbagai komuniti yang memerlukan ketika Tahun Baharu Cina, Hari Raya, Deepavali dan Krismas.
Pada 2022, komuniti mendapat manfaat daripada lebih 2,400 kotak bantuan makanan dan barangan keperluan, baucar makanan, meja dan peranti yang diperbaharui, kit kebersihan dan pek kembali ke sekolah.
Dengan peningkatan permintaan untuk pendigitalan, Maxis kerap menyumbang peranti seperti komputer meja dan komputer riba yang diperbaharui kepada sekolah dan keluarga, termasuk kepada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan pusat komuniti di seluruh negara.
Sukarelawan Maxis dari seluruh negara menyumbangkan masa dan usaha untuk pengagihan bantuan, berinteraksi dengan individu dan keluarga yang terjejas, serta menyokong program pembelajaran digital sebagai jurulatih.
Berikutan banjir akhir tahun yang melanda pada 2021, warga Maxis juga telah bergabung usaha untuk menderma, mengumpul hampir RM50,000. Dalam menyalurkan dana itu, Maxis bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah untuk mengenal pasti keluarga terjejas sebagai penerima baucar tunai bagi membeli keperluan rumah.
"Kami akan terus memainkan peranan sebagai warga korporat bertanggungjawab, melalui keterangkuman digital, menyediakan akses lebih besar kepada peranti, membantu komuniti yang memerlukan dan usaha kemanusiaan.
Akhirnya, matlamat kami adalah untuk membolehkan semua orang dalam setiap perkara mereka lakukan," kata Mariam.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Maxis eKelas dan daftar sekarang untuk menyertai eKelas bersama Maxis.