Sabtu, 13 Mei 2023 | 5:57pm

Meninggal dunia ketika ambil anak di sekolah

BACHOK: Seorang lelaki meninggal dunia ketika mengambil anaknya di sebuah sekolah di Tawang, petang tadi.

Mohd Kamaruzaman Yusof, 40-an, dikatakan mengalami kekejangan secara tiba-tiba sebelum rebah dan meninggal dunia jam 2.06 petang.

Adik mangsa, Marzuki, 32, berkata keluarga mangsa berada di Shah Alam dan dalam perjalanan pulang ke kampung selepas dimaklumkan mengenai kejadian.

Katanya, abangnya seorang penjual air dan mempunyai empat anak.

"Abang adalah anak sulung 10 beradik dan kami belum tahu kejadian sebenar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berita Harian X