KUALA LUMPUR: Hampir semua kawasan di negara ini sedang mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 8 malam ini.
Jabatan Metereologi dalam kemas kini jam 3.40 petang tadi, menyenaraikan Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah mengalami keadaan cuaca itu.
Selain itu, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang dijangka berlaku ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang.
Bagaimanapun, seluruh Perak dengan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, Kelantan mengalami keadaan sedemikian.
Daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu dijangka berlaku hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 8 malam.
Selain itu, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin dekat Pahang; Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang, Selangor berlaku perkara sama.
Ia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Jangkaan sama turut berlaku di Jelebu dan Seremban, Negeri Sembilan; (Segamat, Kluang dan Mersing dekat Johor); (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu dan Limbang dekat Sarawak dan Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Amaran cuaca itu dikeluarkan sekiranya terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.