Khamis, 4 Mei 2023 | 1:42pm
Tandan pisang tumbuh keluar dari batang pokok pisang rastali yang ditebang dua bulan lalu
Tandan pisang tumbuh keluar dari batang pokok pisang rastali yang ditebang dua bulan lalu

Pisang berbuah dua kali di Alai

MELAKA: Memang diketahui pisang tidak berbuah dua kali. Tetapi keadaan berlainan di Kampung Bukit Punggur, Alai apabila seorang pesara dapati pokok pisang rastali di kebunnya yang sudah ditebang dua bulan lalu, sekali lagi berbuah.

Dzahari Ahmad, 70, berkata selepas 20 tahun terbabit tanaman pisang dia terkejut dengan kejadian itu tetapi bersyukur kerana akan dapat hasil sekali lagi daripada pokok sama.

"Saya teruja untuk menikmati sekali lagi pisang daripada pokok berkenaan," katanya.

Dzahari Ahmad, 70 menunjukkan pokok pisang berbuah dua kali di rumahnya di Kampung Bukit Punggur, Alai, Melaka. - Foto NSTP/Nazri Abu Bakar
Dzahari Ahmad, 70 menunjukkan pokok pisang berbuah dua kali di rumahnya di Kampung Bukit Punggur, Alai, Melaka. - Foto NSTP/Nazri Abu Bakar

Menurut Dzahari, dia mula perasan pokok berkenaan mengeluarkan hasil kedua beberapa minggu lalu dan sejak itu memantau perkembangannya.

Dzahari berkata, lumrahnya pokok pisang berbuah sekali sahaja namun kali ini tandan pisang tumbuh dan keluar dari batang pokok pisang rastali yang ditebang dua bulan lalu.

Berita Harian X