Sabtu, 22 April 2023 | 3:46pm
 Foto hiasan
Foto hiasan

Hujan lebat, ribut petir di kebanyakan negeri hingga 6 petang

KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal di beberapa kawasan di kebanyakan negeri sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan hujan lebat dan ribut petir itu diramal di Perlis, Kedah, Melaka dan Johor selain Pulau Pinang membabitkan kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Katanya, di Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)

"Di Kelantan dan Terengganu pula, masing-masing hanya membabitkan satu kawasan iaitu Gua Musang dan Hulu Terengganu.

"Amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang itu turut diramalkan di ibu kota selain Selangor membabitkan kawasan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.

"Di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin," katanya menurut kenyataan itu.

METMalaysia turut mengeluarkan amaran yang sama bagi Sarawak membabitkan kawasan Miri (Miri dan Marudi) serta Limbang.

Di Sabah pula membabitkan kawasan pedalaman dan pantai barat iaitu Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Tambunan, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran selain Labuan.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Berita Harian X