Sabtu, 22 April 2023 | 10:33am
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

Agong, Raja Permaisuri solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara, di sini hari ini.

Pasangan diraja itu berangkat tiba di masjid berkenaan pada jam 8.15 pagi diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Solat sunat dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni itu turut disertai anggota Jemaah Menteri serta Timbalan Menteri bersama pasangan dan orang awam.

Ini kali kedua Yang di-Pertuan Agong menunaikan solat sunat itu di luar dari Istana Negara.

Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Tahun lalu, Seri Paduka menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan setelah dua tahun baginda melakukannya di Istana Negara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Khutbah Aidilfitri bertajuk "Aidilfitri Lebih Bererti" dibacakan Ehsan, antaranya menyeru umat Islam agar memanfaatkan keberkatan Aidilfitri untuk memperbaiki hubungan persaudaraan sesama anggota masyarakat.

Selain itu, umat Islam turut diseru untuk menyemai perasaan saling menyayangi, menghormati antara satu sama lain, toleransi dan hidup dalam kesepaduan yang utuh bagi membangunkan negara secara holistik.

Sebelum berangkat pulang, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah.

Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah.

Seri Paduka berdua kemudian berangkat meninggalkan masjid pada 9.15 pagi diikuti Anwar dan Jemaah Menteri serta Timbalan Menteri. – BERNAMA

Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Berita Harian X