KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal di Selangor membabitkan Sabak Bernam, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang, selain Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 9 malam ini.
Amaran turut dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (METMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook untuk Kedah membabitkan Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
METMalaysia berkata, beberapa kawasan di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan turut diramal mengalami hujan lebat serta angin kencang.
"Ramalan di Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak manakala Kelantan hanya membabitkan Gua Musang.
"Amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang turut dikeluarkan bagi Pahang membabitkan Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera manakala Negeri Sembilan untuk Seremban, Port Dickson dan Jempol.
"Di Johor membabitkan Segamat manakala Sarawak di Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu dan Kapit (Song)," kata kenyataan itu.
METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila ada tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) setiap sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.