Jumaat, 7 April 2023 | 3:45pm

'Dia minta bukti, saya akan bagi' - Anwar ulas tuntutan Tun M

SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihaknya akan mengemukakan bukti bagi semua kenyataan berkaitan kekayaan membabitkan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan itu berkata, ia termasuk tuntutan meminta beliau memberi bukti kononnya Dr Mahathir yang menerajui pentadbiran terdahulu, mengayakan diri dan keluarganya.

"Saya tak mahu gaduh, diminta jawab saya jawab. Dia (Mahathir) minta bukti, saya akan bagi bukti, tak ada masalah," kata Ahli Parlimen Tambun itu.

Dr Mahathir pada Selasa lalu, dilapor setuju memberi masa lanjutan kepada Anwar untuk menjawab notis tuntutannya yang menuntut Presiden PKR itu menarik balik kenyataan didakwa memfitnahnya pada Kongres Nasional Khas PKR 2023. - Foto fail NSTP

Beliau berkata demikian pada sesi dialog bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) sempena lawatan rasminya ke institusi pengajian tinggi itu di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin; Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar; Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose dan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

Anwar berucap pada Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia di UiTM Shah Alam. - NSTP/Faiz Anuar
Anwar berucap pada Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia di UiTM Shah Alam. - NSTP/Faiz Anuar

Dr Mahathir pada Selasa lalu, dilapor setuju memberi masa lanjutan kepada Anwar untuk menjawab notis tuntutannya yang menuntut Presiden PKR itu menarik balik kenyataan didakwa memfitnahnya pada Kongres Nasional Khas PKR 2023.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi yang mengemukakan notis tuntutan kepada Anwar pada 27 Mac lalu menerusi Tetuan Rafique melalui serahan tangan ke Pejabat Perdana Menteri, sebelum ini memberi tempoh tujuh hari kepada Anwar supaya menarik balik kenyataan berkenaan dibuat pada 18 Mac lalu.

Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) juga mengulangi penegasannya mengenai banyak kerosakan berlaku ketika pentadbiran Mahathir sambil tidak menafikan terdapat perkara baik diketengahkan bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu.

Anwar antara lain tidak bersetuju dengan tuduhan yang dilemparkan Dr Mahathir, kononnya masyarakat Melayu sahaja yang pemalas dan mudah lupa, selain menjelaskan sikap sedemikian juga dapat dilihat pada kaum lain.

Anwar berucap pada Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia di UiTM Shah Alam. - NSTP/Faiz Anuar
Anwar berucap pada Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia di UiTM Shah Alam. - NSTP/Faiz Anuar

"Mengenai Tun Mahathir, jangan bimbang tak apalah saya sudah cakap pentadbirannya ada baiknya juga tetapi masalah kerosakan diberikan banyak, sistemnya.

"Kalau bercakap soal Melayu ini malas, Melayu ini tak reti terima kasih, mudah lupa, semua negatif betul ke budaya Melayu begitu, tak betul.

"Bangsa mana tak ada yang malas, semua bangsa ada, bangsa mana yang mudah lupa semua bangsa ada lupa, tetapi Melayu telah melahirkan tokoh, pemikir dan sarjana besar, termasuk Cina, India, Dayak, Kadazan, tetapi jangan menghina," katanya.

Anwar berucap pada Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia sempena lawatannya ke UiTM, hari ini. - Foto BERNAMA
Anwar berucap pada Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia sempena lawatannya ke UiTM, hari ini. - Foto BERNAMA
Berita Harian X