Khamis, 6 April 2023 | 6:45pm
Hujan lebat diramal malam ini di Kedah dan Perak. - Foto hiasan NSTP/MIKAIL ONG
Hujan lebat diramal malam ini di Kedah dan Perak. - Foto hiasan NSTP/MIKAIL ONG

Ribut petir di Kedah hingga 8 malam ini

KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan, termasuk Kedah membabitkan Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling sehingga jam 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook hari ini turut mengeluarkan amaran yang sama bagi Perak membabitkan Hulu Perak, Kampar dan Batang Padang.

Katanya, Pahang pula membabitkan kawasan Cameron Highlands, Jerantut, Maran dan Kuantan.

Selain itu, amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang itu turut dikeluarkan bagi Selangor (Sepang), Negeri Sembilan (Tampin), Melaka (Jasin) dan Johor membabitkan Tangkak.

"Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri, manakala Sabah membabitkan pedalaman (Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam," katanya.

Berita Harian X