Khamis, 30 March 2023 | 1:40pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sebelum menyampaikan ucapan di Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) hari ini. - Foto BERNAMA

Malaysia-Singapura bincang hubungan, kerjasama dua hala di Hainan

KUALA LUMPUR: Hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Singapura, antara yang dibincangkan pada pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong di Hainan, China pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Anwar menerusi catatan di Facebook, di sini hari ini.

"Semoga hubungan akrab kedua-dua negara kian utuh dan subur. Insya-Allah," katanya.

Pertemuan empat mata bersama Hsien Loong diadakan sebelum Anwar menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) di Hainan, China hari ini, yang juga sebahagian daripada lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri ke China.

Semalam, pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Boao pada jam 5.29 petang (waktu tempatan sama dengan waktu Malaysia).

Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam lawatan berkenaan. – BERNAMA

Berita Harian X