Isnin, 27 March 2023 | 12:42pm

Hiba sambut Ramadan, dapur rumah uzur runtuh

GUA MUSANG: Ramadan kali ini disambut hiba buat pasangan suami isteri di Kampung Baru, di sini, apabila bahagian dapur rumah usang mereka runtuh dua minggu lalu.

Rumah itu didiami Mohd Nazeri Hasim, 41, dan isteri, Miss Sini Disuma, 40, serta enam anak dan dua anak saudara, runtuh tiba-tiba kerana reput.

Menurut Mohd Nazeri, pada mulanya bahagian tandas yang runtuh, dan keesokan harinya bahagian dapur pula runtuh kerana kayu rumah yang sudah reput.

"Kami bernasib baik kerana ketika kejadian anak-anak ada atas rumah," katanya yang mendiami rumah papan itu selepas banjir besar pada 2014.

Kerana kekangan kewangan, dia tidak mampu membaiki bahagian yang runtuh memandangkan pendapatan sekitar RM1,000 hanya mampu untuk sara hidup harian.

Mohd Nazeri menerima bantuan makanan asas di Kampung Baru, Gua Musang. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya
Mohd Nazeri menerima bantuan makanan asas di Kampung Baru, Gua Musang. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya

"Kebetulan kejadian berlaku di saat kami sedang menyiapkan kelengkapan persekolahan empat anak, ...tidak lama lagi kami perlu membuat persiapan Aidilfitri pula untuk anak-anak" katanya.

Terdahulu keluarga Mohd Nazeri dikunjungi Penggawa Daerah Galas, Sopuddin Yusoff bersama Persatuan Cakna Kasih menghulurkan bantuan makanan asas kepada keluarga terbabit.

Sementara itu, ADUN Galas Mohd Syahbuddin Hashim, berkata beliau mengambil maklum akan kesusahan yang dihadapi keluarga terbabit.

Mohd Nazeri menunjukkan bahagian dapur rumahnya yang runtuh di Kampung Baru, Gua Musang. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya
Mohd Nazeri menunjukkan bahagian dapur rumahnya yang runtuh di Kampung Baru, Gua Musang. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya
Berita Harian X