Sabtu, 25 March 2023 | 5:34pm

Skuad Seindah Kasih santuni warga emas di Sik

Sik: Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda dilancarkan Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) meneruskan program jelajah di daerah itu, semalam hari ini dengan mendekati warga emas di Pondok Warga Emas Raudhatul Jannah Sik.

Seramai 25 kru bergotong-royong membersihkan premis itu, selain menyediakan gulai daging dengan umbut pisang untuk berbuka puasa bersama 85 orang warga pondok berkenaan.

Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda turut mengagihkan set kelengkapan solat, tongkat dan pakej set iftar iaitu sumbangan minuman isotonik dan 10 unit kotak rezeki yang mengandungi makanan kering untuk kegunaan sepanjang bulan puasa ini.

Pelakon dan penyanyi, Mohamed Razman Abdul Aziz atau dikenali sebagai Aman Aziz, yang turut serta teruja dapat mengikuti program itu dan mendekati warga emas di pondok berkenaan.

"Saya ada mengikuti banyak program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tapi yang ini saya rasa kelainan apabila dapat bersama dengan anak yatim di Sungai Petani semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) dengan warga emas.

"Hari ini (semalam), saya mendekati warga emas di sini yang sanggup tinggalkan keluarga untuk mendalami ilmu agama. Saya juga dapat merasai pengalaman pertama menyediakan gulai daging umbut pisang. Saya tak pernah tahu pun bahawa ada lagi bahagian pada pokok pisang yang boleh dimakan," katanya ketika ditemui.

Pelakon dan Penyanyi, Mohamed Razman Abdul Aziz atau dikenali sebagai Aman Aziz (kanan) bersama-sama membasuh daging kerbau ketika bergotong-royong untuk dimasak gulai daging umbut pisang sempena Seindah Kasih X Jom Ronda di Pondok Warga Emas Raudhatul Jannah Sik di sini. - NSTP/Danial Saad

Penghuni Pondok Warga Emas Raudhatul Jannah Sik, Shahrom Akop, 73, berkata beliau sangat bersyukur menerima sumbangan yang disampaikan oleh Media Prima.

"Inilah program pertama yang kami warga pondok sertai pada bulan Ramadan, saya rasa gembira kerana orang dari jauh datang memberi bantuan di sini. Terima kasih atas keprihatinan mereka terhadap warga pondok di sini.

"Kami rasa diraikan, apatah lagi dengan keadaan saya yang tidak mampu berjalan dan hanya menggunakan kerusi roda sejak tahun lalu. Apabila ada orang datang, saya rasa gembira dapat beramah mesra dengan mereka," katanya yang menghuni pondok itu sejak 2018.

Pelakon dan Penyanyi, Mohamed Razman Abdul Aziz atau dikenali sebagai Aman Aziz (kanan) menunjukkan antara barangan sumbangan kepada Mudir Pondok Tahfiz Raudhatul Jannah Sik, Ustaz Alias Abdullah sempena Seindah Kasih X Jom Ronda di Pondok Warga Emas Raudhatul Jannah Sik di sini. - NSTP/Danial Saad

Sementara itu, pengasas pondok berkenaan, yang juga Mudir Pondok Tahfiz Raudhatul Jannah Sik, Ustaz Alias Abdullah, berterima kasih kepada Media Prima kerana memilih pondok itu untuk menerima sumbangan.

"Saya sebenarnya agak terkejut bagaimana Media Prima boleh memilih pondok ini untuk diedarkan bantuan kerana lokasi kami agak di pedalaman. Alhamdulillah, semua ini rezeki daripada Allah. Walaupun jauh, orang di bandar dapat mencari kami menghulurkan sumbangan," katanya.

Sik adalah lokasi kedua dikunjungi skuad ini selepas Sungai Petani, kelmarin, sebelum meneruskan jelajah mereka di Perlis, hari ini.

Pelakon dan Penyanyi, Mohamed Razman Abdul Aziz atau dikenali sebagai Aman Aziz (kanan) bersama-sama warga emas ketika bergotong-royong sempena Seindah Kasih X Jom Ronda di Pondok Warga Emas Raudhatul Jannah Sik di sini. - NSTP/Danial Saad

Pelakon dan Penyanyi, Mohamed Razman Abdul Aziz atau dikenali sebagai Aman Aziz (kanan) bersama-sama bergotong-royong untuk memasak gulai daging umbut pisang sempena Seindah Kasih X Jom Ronda di Pondok Warga Emas Raudhatul Jannah Sik di sini. - NSTP/Danial Saad

Penyampai radio Hot FM, Mohammad Imran Aqil Salehuddin mengecat pagar Pertubuhan Rumah Anak Yatim Az-Zahra di Bandar Laguna Merbok sewaktu kunjungan Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda Media Prima. - NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

Berita Harian X