Isnin, 20 March 2023 | 4:38pm

31,600 surat tawar haji mula dikeluarkan Rabu ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 31,600 surat tawaran menunaikan ibadah haji dikeluarkan Lembaga Tabung Haji (TH) mulai Rabu ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, berkata ia akan diedarkan secara berperingkat kepada jemaah terpilih.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin pada sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan haji 2023 di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Genes Gulitah

"Jemaah boleh semak bermula Rabu ini melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes tertentu boleh terus mengunjungi mana-mana cawangan berdekatan.

"Jemaah perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat berkenaan dalam tempoh tujuh hari bekerja," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata surat tawaran berkenaan dikeluarkan mengikut tiga kategori jemaah muassasah yang ditetapkan.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman pada sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan haji 2023 di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Genes Gulitah

"Surat tawaran dikeluarkan mengikut kategori masing-masing. Bagi jemaah dari kategori B40, ia mewakili 50 peratus daripada keseluruhan jemaah musim haji kali ini.

"Manakala jemaah dalam kategori M40 mewakili 48 peratus dan dua peratus lagi jemaah kelompok T20," katanya.

Amrin turut berkata, TH menggalakkan jemaah yang berkemampuan supaya membuat bayaran penuh.

"Anggaran kita, dalam tempoh lima tahun akan datang, TH akan tanggung RM 2.71 bilion (bantuan kewangan haji) kerana kos naik mendadak.

"Lebih tinggi kos (bantuan kewangan) perlu ditanggung jika kita tidak 'pass' kos ini kepada jemaah, ," katanya.

Beliau berkata, pada tahun lalu, sejumlah 47 jemaah yang layak menerima bantuan kewangan haji termasuk kelompok B40 memilih melakukan bayaran penuh.

"Ada termasuk jemaah B40 sukarela tampil untuk bayar penuh...mereka juga kata mahukan haji yang mabrur. Jadi kita serujika ada yang mampu.. supaya lebih ramai buat bayaran penuh," katanya yang turut memberitahu, TH sedia berunding dengan jemaah yang ingin membayar kos tambahan mengikut kadar tertentu termasuk mungkin lebih rendah berbanding jumlah asal.

Penerbangan pertama jemaah haji tiba di Madinah 21 Mei ini. - Foto fail NSTP
Penerbangan pertama jemaah haji tiba di Madinah 21 Mei ini. - Foto fail NSTP

Berita Harian X