Isnin, 20 March 2023 | 11:22am

Permaisuri, Anwar sebak saksikan pantomim tragedi Tanduo sempena Hari Polis

KUALA LUMPUR: Suasana sedih menyelubungi Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216, apabila tragedi berdarah Kampung Tanduo, Lahad Datu yang berlaku hampir sedekad lalu, dipersembahkan semula dalam bentuk persembahan pantomim oleh sekumpulan anggota polis.

Lebih mengharukan, apabila tiga anak kepada Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat iaitu Muhammad Noorakmal Amiruddin, 15, Noor Muhammad Aqil, 11, dan Noor Aqib Syahid, 10 tahun yang turut membuat kemunculan dalam persembahan itu.

Persembahan pantomim Op Daulat pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. - NSTP/Asyraf Hamzah

Turut bersama dalam pantomim itu adalah anak kepada Sarjan Sabarudin Daud, Haziq Wahiduzzaman, 28, dan Hareq Zafri, 21 tahun.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut kelihatan sebak manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat menitiskan air mata menyaksikan pantomim itu.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebak ketika menyaksikan persembahan pantomim tragedi berdarah Kampung Tanduo. - NSTP/Asyraf Hamzah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebak ketika menyaksikan pantomim Op Daulat. - NSTP/Asyraf Hamzah

Pantomim yang menceritakan tragedi sebenar pengusiran kumpulan yang mendakwa pewaris Kumpulan Sulu dari selatan Filipina, dipersembahkan lebih 80 anggota polis, yang kebanyakannya terbabit dalam tragedi itu pada 2013.

Pada 1 Mac 2013, dua anggota polis, Zulkifli dan Sabarudin terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

Keesokan harinya, enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna.

Selain Zulkifli dan Sabarudin, turut terkorban dalam tragedi berdarah itu adalah Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, Asisten Superintendan Michael Padel, Sarjan Abdul Azis Sarikon, Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, Sarjan Detektif Baharin Hamit, Koperal Salam Tugiran dan Prebet Ahmad Hurairah Ismail.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bertemu waris mangsa yang terkorban di Lahad Datu pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. - NSTP/Asyraf Hamzah

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkenan memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkenan memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

Persembahan pantomim Op Daulat pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. - NSTP/Asyraf Hamzah
Persembahan pantomim Op Daulat pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. - NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR 20 MAC 2023. Persembahan pentomen Op Daulat pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. NSTP/ASYRAF HAMZAH

Berita Harian X