KUALA LUMPUR: Penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berjaya mengekalkan jawatannya pada pemilihan UMNO 2023.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi memperoleh 101 undi sehingga jam 8.15 pagi tadi, melepasi separuh daripada 189 bahagian UMNO yang bersidang semalam.
Beliau menurut jejak langkah Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengesahkan tempat bagi mengisi tiga jawatan Naib Presiden parti itu, awal pagi tadi, dan sehingga kini memperoleh 114 undi.
Turut menghampiri kemenangan ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang memperoleh 94 undi.
Lima calon yang turut bersaing bagi jawatan Naib Presiden ialah penyandang jawatan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Selain itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad.