KUALA LUMPUR: Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 hari ini menyaksikan Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz berjaya menjadi Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai yang baharu.
Kemenangan itu menyaksikan Tengku Zuhri menggantikan penyandangnya yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Ramlan Askolani.
Tengku Zuhri yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Ketua UMNO Lembah Pantai, adik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam pemilihan UMNO pada 2018, Ramlan yang juga calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Lembah Pantai dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai tanpa bertanding.