Sabtu, 18 March 2023 | 10:57pm
Jamal mengekalkan penguasaan sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. - BERNAMA
Jamal mengekalkan penguasaan sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. - BERNAMA

Jamal kalahkan Khir Toyo saingan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar

Sungai Besar: Datuk Seri Jamal Md Yunos mengekalkan penguasaannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar pada pemilihan UMNO sesi 2023-2026, hari ini.

Beliau mengalahkan pencabarnya yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dalam saingan satu lawan satu, sekali gus mengekalkan jawatan yang disandangnya selam dua penggal sebelum ini.

Jamal dalam pada itu menzahirkan rasa syukur atas segala yang diberikan sama ada kepercayaan, sokongan dan penghargaan terhadapnya.

"Saya dengan rendah diri mengucapkan ribuan terima kasih kepada para perwakilan UMNO Sungai Besar kerana masih memilih saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar sekali lagi untuk penggal ini," katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Berita Harian X