KUALA LUMPUR: Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengekalkan kedudukan teratas dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang yang juga Menteri Besar, mendahului dengan 48 undian, setakat jam 9.40 malam tadi.
Penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula kekal kedudukan kedua dengan 45 undi, diikuti pesaingnya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang meraih 37 undi.
Wakil tunggal wanita yang merebut jawatan itu, Datuk Seri Azalina Othman Said pula menduduki tangga keempat dengan 27 undi, diikuti Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (21 undi); Datuk Hasni Mohammad (15 undi); Datuk Seri Mahdzir Khalid (lapan undi) dan Dr Mohd Yusof Musa (sifar undi).