Sabtu, 18 March 2023 | 7:20pm

Amaran hujan lebat, ribut petir di 6 negeri hingga 9 malam ini

KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang dijangka di beberapa negeri termasuk Perak membabitkan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar hingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam kenyataan di Facebook berkata, amaran sama turut dikeluarkan bagi Melaka, Selangor (Petaling) dan Johor membabitkan kawasan Tangkak, Muar dan Batu Pahat.

Selain itu, Sarawak pula membabitkan Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang turut dikeluarkan bagi Sabah membabitkan kawasan pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Berita Harian X