Sabtu, 18 March 2023 | 6:50pm
Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berbual-bual dengan perwakilan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa sesi 2023/2026 kali ke-38, hari ini. - Foto BERNAMA

Saingan jawatan Naib Presiden UMNO semakin sengit

KUALA LUMPUR: Saingan merebut tiga jawatan Naib Presiden UMNO semakin sengit, dengan keputusan terkini menyaksikan lapan calon yang bertanding bertukar-tukar kedudukan tiga teratas.

Setakat jam 6.20 petang ini, tiga jawatan teratas itu diisi Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mendahului dengan 16 undi dari bahagian.

Kedudukan kedua, penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang memperoleh 13 undi, sementara ketiga, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dengan sembilan undi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said yang berada dalam kedudukan tiga teratas sejam terdahulu kini menduduki tempat tujuh dengan lima undi.

Tempat keempat diduduki seorang lagi Ahli MKT, Datuk Seri Reezal Naina Merican dengan enam undi, sementara keenam dan ketujuh, masing-masing dengan tiga undi dimiliki penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad.

Sehingga jam 6.20 petang, sebanyak 17 bahagian daripada 189 bahagian UMNO yang bersidang hari ini sudah mempamerkan keputusannya.

Datuk Seri Hasni Mohamad menunjukkan kertas undi, bersama-sama Ahmad Maslan. - Foto BERNAMA
Datuk Seri Hasni Mohamad menunjukkan kertas undi, bersama-sama Ahmad Maslan. - Foto BERNAMA

Berita Harian X