Sabtu, 18 March 2023 | 2:52pm
Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin (kiri) dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin (kiri) dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pemilihan UMNO: Dua calon Naib Presiden dahului saingan

KUALA LUMPUR: Dua calon Naib Presiden UMNO mendahului saingan merebut jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu, petang ini.

Mereka ialah penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Mereka masing-masing berjaya meraih dua undi setakat jam 2.20 petang tadi.

Sementara itu, penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, masing-masing meraih satu undi, setakat ini.

Turut bersaing merebut jawatan Naib Presiden UMNO ialah, Ahli MKT, Datuk Hasni Mohamad dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan ahli UMNO Iskandar Puteri, Dr Mohd Yusof Musa.

Berita Harian X