Khamis, 16 March 2023 | 6:10pm
Siti Suriati Ahmad Razali, 41, bersama anaknya Muhammad Shahruddeen melihat buku yang musnah akibat banjir yang melanda rumahnya di Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Siti Suriati Ahmad Razali, 41, bersama anaknya Muhammad Shahruddeen melihat buku yang musnah akibat banjir yang melanda rumahnya di Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Siti Suriati Ahmad Razali, 41, bersama anaknya Muhammad Shahruddeen melihat baju sekolah yang terkesan akibat banjir di Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Siti Suriati Ahmad Razali, 41, bersama anaknya Muhammad Shahruddeen melihat baju sekolah yang terkesan akibat banjir di Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Sekolah terjejas banjir terima sumbangan buku RM1 juta

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) semalam, menerima sumbangan buku bernilai RM1 juta untuk diagihkan kepada sekolah terjejas banjir.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata bantuan seumpama itu tidak harus dilakukan hanya untuk mangsa banjir saja, sebaliknya perlu diteruskan kepada pihak lain yang memerlukan di negara ini.

Susulan itu, beliau berkata, rakyat Malaysia terutama badan korporat digesa memperbanyakkan usaha dan inisiatif sumbangan buku kepada masyarakat yang berkeperluan.

"Kita berterima kasih atas inisiatif pihak yang menyumbang buku bagi kegunaan sekolah yang dilanda banjir, tetapi usaha ini perlu diteruskan secara meluas membabitkan masyarakat yang memerlukan, bukan saja tumpuan kepada mangsa banjir saja," katanya pada majlis sumbangan buku oleh pemain industri percetakan buku dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) kepada sekolah terjejas banjir di Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Pada majlis itu, Fadhlina yang juga Pengerusi MBKM bersama Setiausaha MBKM, Mohd Khair Ngadiron menerima sumbangan buku tambahan bagi memenuhi lingkungan akses pendidikan, selain meringankan beban sekolah terbabit banjir.

Antara penyumbang buku berkenaan termasuk Presiden Persatuan Pengeksport & Pengimport Buku Malaysia (MBEIA), Datuk Ivan Hoe; Presiden Persatuan Penjual Buku (MBA), Keith Tong Yuet Sheng; dan Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM), Adi Irwan Azahari.

Mereka menyampaikan sumbangan buku yang bernilai RM1 juta untuk diagihkan kepada perpustakaan sekolah yang dikenal pasti terjejas banjir teruk baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd Khair berkata, MBKM sudah mengenal pasti sekolah yang akan menerima sumbangan itu.

"Kita akan mengambil tindakan segera untuk menghantar buku ke sekolah berkenaan dalam masa terdekat," katanya.

Berita Harian X