Isnin, 13 March 2023 | 11:52pm

SPRM tahan 'Datuk Roy', mohon reman pagi esok

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang individu digelar 'Datuk Roy', hari ini.

Beliau ditahan jam 3 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Sumber berkata, suspek berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Katanya, lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur jam 9 pagi esok bagi tujuan permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab Rahman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, laporan menyebut SPRM Kuala Lumpur giat mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan Jana Wibawa.

Berita Harian X