Isnin, 13 March 2023 | 10:23am
SPRM sedang mengesan Mohd Hussein Mohd Nasir atau Datuk Roy bagi membantu siasatan kes rasuah Jana Wibawa. - Foto ihsan SPRM
SPRM sedang mengesan Mohd Hussein Mohd Nasir atau Datuk Roy bagi membantu siasatan kes rasuah Jana Wibawa. - Foto ihsan SPRM

Datuk Roy dicari bantu kes Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

SPRM dalam kenyataan hari ini, memaklumkan lelaki yang dikesan adalah Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, yang juga dikenali sebagai 'Datuk Roy' dengan alamat terakhir di No. 3, Lorong 3 RRM Semambu, 25350 Kuantan, Pahang.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohammad Asyraf Mustafa di talian 013-4405210.

Berita Harian X