Sabtu, 11 March 2023 | 8:06pm
 Gambar hiasan
Gambar hiasan

Hujan berterusan dijangka di Kuching, Samarahan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan tahap buruk di Sarawak membabitkan Kuching dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya) sehingga esok.

Selain itu, hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman dan Betong (Pusa dan Betong).

MetMalaysia mengeluarkan amaran itu pada laman Facebooknya hari ini.

Sementara itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak membabitkan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta dan Perak Tengah.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Selangor membabitkan Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Di Sarawak pula ia membabitkan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) serta Kapit (Song dan Bukit Mabong).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Berita Harian X