Sabtu, 11 March 2023 | 6:44pm
Noraini (kanan) berdepan saingan Shahrizat yang kembali merebut jawatan itu.
Noraini (kanan) berdepan saingan Shahrizat yang kembali merebut jawatan itu.

Saingan sengit terus berlaku antara Noraini, Shahrizat

KUALA LUMPUR: Pemilihan bagi jawatan Ketua Wanita UMNO menyaksikan persaingan sengit antara penyandang jawatan, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Sehingga jam 6.29 petang, Noraini mendahului dengan lima undi, manakala Shahrizat yang membuat kemunculan semula selepas melepaskan jawatan itu pada 2018, memperoleh tiga undi.

Dalam tempoh lebih satu jam disiarkan di Facebook UMNO Online, kedudukan antara kedua-dua pemimpin itu tidak banyak berubah.

Shahrizat, 70, yang mengumumkan bersara daripada politik selepas 11 tahun menerajui Wanita UMNO, memutuskan untuk kembali ke gelanggang selepas mendakwa mendapat gesaan dalam kalangan pemimpin Wanita akar umbi.

Kedudukan bagi Naib Ketua Wanita juga tidak banyak berubah dengan Ketua Penerangan sayap itu, Datuk Rosni Zahari, yang juga Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memperoleh lima undi, manakala pesaingnya yang juga penyandang jawatan, Datuk Norliza Abdul Rahim dengan tiga undi.

Berita Harian X