Sabtu, 11 March 2023 | 10:25am
Calon Ketua Puteri UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar mengundi pada Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Jasin hari ini. - NSTP/Amir Mamat
Calon Ketua Puteri UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar mengundi pada Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Jasin hari ini. - NSTP/Amir Mamat

Pemilihan UMNO 2023: Siapa Ketua Wanita, Pemuda, Puteri UMNO diketahui hari ini

KUALA LUMPUR: Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 membuka tirai hari ini dengan proses pengundian para perwakilan seluruh Malaysia.

Para perwakilan akan mengundi untuk memilih calon terbaik bagi mengemudi bahtera Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO di bahagian masing-masing serta pusat.

Untuk sayap Wanita UMNO, seramai dua calon mempertandingkan diri untuk jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap (4), Ketua Wanita UMNO (2), Naib Ketua Wanita UMNO (2) dan 61 bagi jawatan EXCO.

Paling mencuri tumpuan adalah pertandingan bagi kerusi Ketua Wanita UMNO yang menyaksikan penyandangnya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, akan dicabar Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang membuat kemunculan semula setelah melepaskan jawatan itu pada 2018.

Shahrizat, 70, yang mengumumkan bersara daripada politik selepas 11 tahun menerajui Wanita UMNO ketika itu, memutuskan untuk kembali ke gelanggang selepas mendakwa mendapat gesaan daripada kalangan pemimpin akar umbi Wanita.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, seramai tujuh orang calon menawarkan diri untuk jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap (12), Ketua (4), Naib Ketua (4) dan 113 jawatan EXCO.

Bagi Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pula, dua orang calon menawarkan diri bagi jawatan Pengerusi Tetap, dua Timbalan Pengerusi Tetap, enam untuk Ketua, tiga Naib Ketua dan 42 calon bagi jawatan Exco.

Nik Suryani Megat Deraman (tiga kiri) beratur bersama perwakilan untuk mengambil kertas undi pada mesyuarat pemilihan Wanita UMNO di Dewan Darul Falah, Kuala Terengganu, hari ini. - NSTP/Baharom Bakar
Nik Suryani Megat Deraman (tiga kiri) beratur bersama perwakilan untuk mengambil kertas undi pada mesyuarat pemilihan Wanita UMNO di Dewan Darul Falah, Kuala Terengganu, hari ini. - NSTP/Baharom Bakar

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad mengingatkan para calon yang menawarkan diri pada musim pemilihan ini untuk mematuhi segala tataetika ditetapkan bagi menambah baik imej parti.

Keputusan rasmi pemilihan ini akan diumumkan oleh Pengerusi JPU, Tan Sri Shahrir Samad setelah selesai proses perkiraan undi dan penelitian dijalankan.

Keputusan terkini bagi Pemilihan UMNO 2023, UMNO akan dipaparkan menerusi laman Facebook UMNO Online bermula pada jam 2.00 petang ini secara berperingkat melalui bahagian yang telah menjalankan proses pengiraan undi.

Keputusan yang akan dipaparkan ialah bagi jawatan-jawatan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO di peringkat pusat serta bahagian.

Keputusan rasmi pemilihan ini akan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad setelah selesai proses perkiraan undi dan penelitian dijalankan.

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda, Puteri Cawangan telah bermula pada 1 Februari dan berakhir pada 26 Februari 2023 lalu.

Pada 11 Mac 2023 akan diadakan Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pergerakan Pemuda serta Puteri Bahagian. Pada tarikh yang sama turut akan diadakan Pemilihan EXCO Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri peringkat Pusat.

Pemilihan UMNO akan berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. – UMNO Online

 

SENARAI CALON PUSAT PEMILIHAN UMNO 2023-2026

Klik imej untuk lihat senarai penuh calon pemilihan

MKT UMNO

Wanita UMNO

Berita Harian X