Rabu, 8 March 2023 | 5:18pm
Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang landa Kuala Lumpur, Putrajya dan beberapa negeri sehingga lewat petang nanti. - NTSP/FOTO HIASAN
Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang landa Kuala Lumpur, Putrajya dan beberapa negeri sehingga lewat petang nanti. - NTSP/FOTO HIASAN

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang landa KL, beberapa negeri

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa kawasan di ibu negara dan Putrajaya, Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga lewat petang nanti.

Di Kedah membabitkan daerah Kulim Bandar Baharu, manakal di Perak melibatkan daerah Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak; Kuala Kangsar; Kinta; Kampar dan Batang Padang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman Facebooknya hari ini, turut meramalkan cuaca sedemikian melanda Jerantut, Maran dan Bera di Pahang, manakala di Selangor membabitkan Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Di Negeri Sembilan pula hanya membabitkan satu kawasan, iaitu Jempol dan di Johor membabitkan Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dikeluarkan bagi Sarawak membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis).

Selain itu, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah pula membabitkan kawasan pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu).

Menurut kenyataan itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Berita Harian X