Isnin, 6 March 2023 | 7:22pm
KUALA LUMPUR 03 MAC 2023. Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah bercakap ketika sidang media selepas membuat laporan polis terhadap filem Mentega Terbang di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. NSTP/ASYRAF HAMZAH

Gambar hiasan - Poster Mentega Terbang
Gambar hiasan - Poster Mentega Terbang

Tiga seksyen siasatan polis terhadap 'Mentega Terbang'

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lapan laporan di seluruh negara, dengan satu kertas siasatan dibuka berhubung filem 'Mentega Terbang'.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata kes itu kini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman, mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komumikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

"Kes masih dalam siasatan pihak USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak," katanya.

Filem 'Mentega Terbang' yang disiarkan secara percuma di platform penstriman digital dibantah umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah. – BERNAMA

Berita Harian X