Ahad, 5 March 2023 | 1:00pm

PM arah projek tebatan banjir RM600 juta ke atas disegerakan

SEGAMAT: Semua projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM600 juta ke atas diarahkan supaya diluluskan dan disegerakan mulai Jun ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan menyegerakan projek RTB segera itu bagi mengelakkan bencana banjir berulang semula sekali gus menjejaskan rakyat.

"Isu banjir ini kalau kita tidak lakukan apa-apa yang serius, ia akan berulang. Banjir ini bukan kali pertama, bertahun-tahun dan di sini sudah dua kali banjir besar.

"Oleh itu kita putuskan projek mahal RM600 juta atau lebih untuk RTB akan disegerakan. Itu kita lulus dan akan segerakan.

"Tempoh hari saya tangguh sebentar (projek RTB) kerana kita tidak mahu peruntukan untuk bantu rakyat ada ketirisan, ada kecurian.

"Kita perlu proses tender walau disegerakan. Semua projek RTB yang diluluskan harus semuanya beroperasi mulai Jun ini. Jadi tak boleh dilengahkan lagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Tengah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Terdahulu, Anwar diiringi Onn Hafiz meninjau PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gemereh.

Pada 5 Disember lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan.

Katanya, ia membabitkan kelulusan secara rundingan terus yang diluluskan sebelum ini dan sudah meminta pegawai kementerian itu meneliti semula kelulusan yang diberikan bagi memastikan ia mematuhi prinsip ketelusan dan peraturan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Anwar turut memberi amaran keras supaya mana-mana jangan mencari peluang mendapatkan habuan tambahan membabitkan apa jua peruntukan kerajaan terutama untuk banjir.

"Kita dah minta ia disegerakan, maksudnya Jun harus 'take off' projek RTB. Kita tangguhkan dulu kerana ada masalah.

"Kita mahu beri amaran keras jangan guna peruntukan semasa banjir atau darurat atau apa jua masalah dihadapi rakyat, jangan guna itu bagi mencari peluang untuk habuan tambahan," katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, Onn Hafiz ada memaklumkan beberapa projek baharu berkaitan tebatan banjir yang diperlukan di Johor.

"Saya maklumkan oleh kerana kerajaan boleh jimatkan beberapa kos antara RM1 hingga 2 bilion dari projek lama, wang itu boleh dipindahkan untuk memulakan projek baharu.

"Projek baharu itu setakat ini membabitkan Segamat, Kota Tinggi dan kawasan kritikal dilanda banjir lain," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan mangsa ketika melawat ke PPS SJK (C) Kampung Tengah, Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat mangsa banjir di PPS SJK (C) Kampung Tengah, Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat mangsa banjir di PPS SJK (C) Kampung Tengah, Segamat, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni kanak-kanak mangsa banjir yang juga Orang Kurang Upaya ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat, hari ini. Turut bersama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (kanan). - Foto BERNAMA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau dan melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gemereh hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau dan melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gemereh hari ini. - Foto BERNAMA
Berita Harian X