Isnin, 20 Februari 2023 | 6:03pm
Iman Care membina 500 khemah dibina sebagai penempatan sementara kepada mangsa gempa bumi Hatay, Turkiye. Khemah tersebut mampu menempatkan mangsa antara 3,000 hingga 4,000 orang yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana berkenaan. khemah berkenaan itu akan dibina di beberapa lokasi berbeza yang akan ditentukan NGO tempatan, International Youth Forum (IYF) dengan koordinasi bersama Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye. - Foto NSTP/Ghazali Kori

Iman Care bina khemah untuk mangsa gempa bumi

KUALA TERENGGANU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Iman Care membina 500 khemah sebagai penempatan sementara kepada mangsa gempa bumi di Hatay, Turkiye.

Timbalan Pengarah Iman Care Abdul Muhaimin Mohamed, berkata khemah yang dibina itu mampu menempatkan antara 3,000 hingga 4,000 mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana berkenaan.

Katanya, khemah berkenaan itu dibina di beberapa lokasi berbeza yang ditentukan NGO tempatan, International Youth Forum (IYF) dengan koordinasi bersama Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye.

"Kita tiba di Hatay pada Jumaat dan keesokannya, kita mula membina khemah yang mampu memuatkan antara empat hingga lapan orang.

"Khemah sementara ini turut dilengkapi dengan lampu dan kuasa solar serta pemanas menggunakan kuasa gas," katanya.

Abdul Muhaimin yang juga Ketua Delegasi Misi Bantuan Gempa Bumi Turkiye-Syira berkata, rombongan selama 10 hari berlepas ke Turkiye pada Jumaat lalu.

Iman Care membina 500 khemah dibina sebagai penempatan sementara kepada mangsa gempa bumi Hatay, Turkiye. - Foto NSTP/Ghazali Kori
Iman Care membina 500 khemah dibina sebagai penempatan sementara kepada mangsa gempa bumi Hatay, Turkiye. - Foto NSTP/Ghazali Kori

Fokus misi tertumpu kepada mangsa yang terselamat dengan memberi sokongan moral selain menyerahkan bantuan berupa pek makanan, ubat-ubatan, khemah dan kelengkapan lain.

"Namun misi kali ini agak mencabar kerana kejadian gempa bumi yang ekstrem serta cuaca sejuk dianggarkan 5 darjah Celsius pada waktu siang dan -3 darjah Celsius pada waktu malam.

"Selain itu, Iman Care akan ke ground zero di lokasi gempa bumi itu bersama NGO lain dari Malaysia dan Turkiye," katanya.

Beliau berkata, seramai 11 sukarelawan Iman Care turut serta dalam misi kali ini dan ia akan disertai lima lagi kumpulan secara berperingkat.

Katanya, misi terbabit turut disertai pasukan perubatan bagi memberi bantuan dalam bentuk penjagaan kesihatan dan rawatan kepada mangsa.

"Kumpulan pertama ini bertindak sebagai peninjau untuk menyelaras kedatangan misi berikutnya dan kami akan melihat keperluan dari masa ke semasa," katanya.

Berita Harian X