PELUANG keemasan buat peminat jenama terkemuka HONOR, HONOR Malaysia bakal melaksanakan kempen HONOR Experiencers untuk mencuba HONOR Magic5 Pro.
Sebagai salah satu jenama teknologi termaju dunia, HONOR sentiasa komited dengan usaha mengejar kemajuan dalam bidang kajian dan pembangunan bagi menghasilkan teknologi inovatif untuk setiap peranti.
Siri Magic adalah contoh inovasi teknologi masa hadapan yang memenuhi permintaan tinggi pengguna.
HONOR bakal melancarkan siri HONOR Magic5 di Kongres Dunia Telefon Mudah Alih (MWC) Barcelona 2023 dengan menampilkan rekaan mercu terbaharu HONOR.
Dalam usaha menghasilkan telefon pintar lebih berkualiti, siri HONOR Magic5 akan menampilkan beberapa ciri yang bakal menguji had inovasi peneraju industri semasa, menjadikan pelancaran tersebut dinanti-nantikan untuk tahun ini.
Kempen ini dilaksanakan susulan kejayaan HONOR Magic4 Pro tahun lalu dalam masa sama mengajak rakyat Malaysia mengambil peluang untuk memberi ulasan eksklusif dalam menilai kualiti HONOR Magic5 yang bakal dilancarkan menjelang MWC Barcelona 2023.
Kongsi dan menang peranti HONOR
Kempen ini terbuka kepada semua penggemar fotografi dan telefon pintar terutama pengguna aktif di media sosial.
Pengalaman ini akan memberi peluang kepada HONOR Experiencers memahami proses perkembangan produk serta mencuba sistem Magic OS 7.0 baharu!
Selain itu, kempen ini turut bermatlamat menonjolkan nilai yang mengetengahkan maklum balas dari pengguna.
Kempen ini membuka peluang kepada HONOR untuk memahami tabiat pengguna tempatan, dan sebagai usaha jenama ini menentukan HONOR Magic5 Pro adalah peranti terbaik yang menyediakan teknologi canggih relevan kepada pengguna masa kini.
Permohonan untuk menyertai HONOR Experiencers akan ditutup pada 23 Februari 2023 dan kempen akan bermula pada 28 Februari hingga 24 April 2023.
Peserta berpeluang mencuba pengalaman langsung dari segi penggunaan kamera, skrin, daya tahan bateri, sistem operasi dan prestasi siri HONOR Magic5 Pro.
HONOR Experiencers terpilih dikehendaki menyiapkan tugasan mingguan dengan memuat naik ulasan mereka di media sosial.
Seramai 30 HONOR Experiencers dengan markah tertinggi pada kempen akhir akan memenangi sebuah HONOR Magic5 Pro, selain turut berpeluang dipilih sebagai jurucakap kempen.
Sertai kami di https://bit.ly/HONORShareYourExperienceAndWin
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic5 Pro, layari https://www.hihonor.com/my/