Ahad, 12 Februari 2023 | 11:10am
Penduduk serta sukarelawan mengambil sumbangan bekalan makanan disediakan oleh NGO tempatan selepas bencana gempa bumi yang melanda sekitar kawasan selatan Turkiye ketika tinjauan di Hatay, Turkiye. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Terima kasih rakyat Malaysia - Mangsa gempa Turkiye

BELEN, TURKIYE: "Kami hilang segala-galanya, hanya tinggal baju yang dipakai ketika kejadian," kata Hassan, 53.

Hassan antara 50 penerima bantuan keperluan asas disampaikan Muslim Care Malaysia (MCM) di penempatan Sarimazi, di sini.

Dia yang kehilangan tempat tinggal terpaksa menumpang di rumah ibu mentua bersama isteri dan anak.

"Tidak ada kata-kata yang dapat saya gambarkan, terima kasih rakyat Malaysia atas sumbangan dan keprihatinan anda.

"Kami masih lagi trauma untuk tinggal dalam bangunan dan lebih memilih tinggal dalam khemah kerana berasakan lebih selamat," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi MCM, Mohd Johari Ismail, berkata pihaknya menyampaikan bantuan berupa barang keperluan asas seberat 50 kilogram kepada 50 keluarga yang terjejas.

Penduduk setempat serta sukarelawan mengambil sumbangan bekalan makanan yang disediakan oleh NGO tempatan selepas bencana gempa bumi yang melanda sekitar kawasan selatan Turkiye ketika tinjauan di Hatay, Turkiye. - NSTP/Aizuddin Saad

"Turut diagihkan ialah lampin pakai buang sebanyak 50 dozen untuk keluarga di penempatan berkenaan.

"MCM akan menghulurkan bantuan khemah kanvas seperti diminta mangsa jika ada stok kerana ketika ini ia habis dijual disebabkan keperluan mendadak di kawasan ini," katanya.

Penduduk setempat serta sukarelawan mengambil sumbangan bekalan makanan yang disediakan oleh NGO tempatan selepas bencana gempa bumi yang melanda sekitar kawasan selatan Turkiye ketika tinjauan di Hatay, Turkiye. - NSTP/Aizuddin Saad
Penduduk setempat serta sukarelawan mengambil sumbangan bekalan makanan yang disediakan oleh NGO tempatan selepas bencana gempa bumi yang melanda sekitar kawasan selatan Turkiye ketika tinjauan di Hatay, Turkiye. - NSTP/Aizuddin Saad

Menurutnya, bantuan diteruskan di wilayah lain yang terjejas menerusi misi bantuan gempa bumi Turkiye-Syria selama tujuh hari.

Rakyat Malaysia yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank Muslim Care Malaysia 564490413882 dan Bank Islam 14014010147470.

Slip sumbangan boleh dimaklumkan exco untuk rekod dan dokumentasi melalui Hotline: 011-5005 0035 atau kepada Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail 016-997 8323 dan Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar 013-488 6447.

Berita Harian X