Sabtu, 11 Februari 2023 | 12:30pm

MCM bantu secara terus, beri sokongan kepada mangsa

Hatay, TURKIYE: Biarpun terpaksa menempuhi kesesakan lebih tiga jam di kawasan merah, sukarelawan Muslim Care Malaysia (MCM) tetap menjalankan amanah yang diberikan rakyat Malaysia.

Mereka bukan sahaja menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa gempa bumi, malah turut memberi semangat kepada individu yang terjejas.

Timbalan Pengerusi MCM, Mohd Johari Ismail, berkata pihaknya bertemu mangsa secara bersemuka di kawasan runtuhan dan bantuan diberikan secara terus.

"Ada dalam kalangan mangsa yang hilang segala-galanya, apabila kita bagi wang tunai mereka menangis kesyukuran, kebanyakan mangsa yang ditemui masih trauma.

"Jadi, kita berikan mereka sokongan kaunseling dengan bantuan rakan sukarelawan di sini, semuanya dipermudahkan," katanya.

Mohd Johari berkata, pihaknya juga dibenarkan ke kawasan runtuhan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (Afad) Turkiye.

Timbalan Pengerusi Muslim Care Malaysia, Mohd Johari Ismail menghulurkan sumbangan serta menyantuni seorang warga emas yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana gempa bumi di Hatay, Turkiye. - NSTP/Aizuddin Saad

Penduduk setempat dan sukarelawan mengambil sumbangan bekalan makanan yang disediakan oleh NGO tempatan di Hatay, Turkiye. - NSTP/Aizuddin Saad

Mangsa mengambil bekalan makanan yang disediakan oleh NGO tempatan di Hatay, Turkiye. - NSTP/Aizuddin Saad

"Kita dapat lihat dengan jelas kemusnahan yang dialami mereka, hampir 90 peratus bangunan di kawasan ini musnah dan runtuh.

"Apa yang diharapkan ketika ini adalah sokongan dan sedikit bantuan buat mereka meneruskan hidup," katanya.

Rakyat Malaysia yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun MAYBANK Muslim Care Malaysia 564490413882, Bank Islam 14014010147470, Bank Rakyat 1101744599 selain ke akaun Bank CIMB Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia 8604171675.

Salinan sumbangan boleh dimaklumkan kepada EXCO untuk rekod dan dokumentasi melalui Hotline: 011-5005 0035 atau kepada Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail 016-997 8323 dan Setiausaha Agung MCM Ahmad Safuan Ujar 013-488 6447.

Anggota penyelamat tempatan berusaha melakukan kerja menyelamat mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan di Hatay, Turkiye. - NSTP/Aizuddin Saad

Timbalan Pengerusi Muslim Care Malaysia, Mohd Johari Ismail (dua dari kiri) bersama peserta misi MCM menghulurkan sumbangan serta menyantuni seorang warga emas yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana gempa bumi di Hatay, Turkiye. - NSTP/Aizuddin Saad

Berita Harian X